..jgn lupe singgah cni..

..kengkawan..

Jumaat, 25 Mei 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA..23-27 MEI 2012..

jom2 g ramai2..
mcm2 agenda ade..
nak tau lebih detail, ley masuk kat web HBN ye..

ermm..didot da g semalam..
kebetulan didot amik el semalam..heheh..
ade appointment ngan customer nak ode catering tuk kenduri kawen..
sekali ngan tlg mak metue didot catering kat jabatan akauntan negara..
tp arinei atau besok maybe nak g lg..
cam x puas..heheh..
nak g booth jom heboh plak kot..
jumpe kat sane ehhh..
tuh pun kalau jumpe la..
sebab ramai sgt org kat ctuh..hahah..;P

Rabu, 23 Mei 2012

BUKE POSE KAT RED WOK..;)

menu : air kedondong, air fresh orange, tomyam sup bersusu, ayam marmite n sizzling tau foo..

heheh..pk punye pk semlm nak buke mane kan..
akhirnye ke red wok, bangi..
hohoh..sbb da lame x ke situ kot..

alhamdulillah..
kenyang n kembung perut kitorg semalam..
abis licin tuh..
hahah..tp kitorg benti solat dulu la pastuh sambung balik makan..
kalu x, mmg x ley abis la lauk2 tuh..huhuh..

bawah nei lak, soto daging special tuk hasben..
didot masak ari isnin arituh..
da janji nak post kan, tp nei br sempat nak upload..
sbb ape special???..sbb didot jrg msk bende yang remeh2 nie..
letih sgt masak bende nei arituh..
walaupun nampak simple..tp banyak nak kene buat..heheh..
ape2 pun..hasben kate sedappppp..weeee!!!!..;))
(bodek soh masak selalu la tuh..hahah..;P)

Selasa, 22 Mei 2012

NAK BUKE POSE KAT MANE EHHH???

ermmm..
korang2 mesti ramai yg berpose arinei kan???..
alhamdulillah..so mane tpt dituju arinei???..
masak ke makan lua ke???..
heheh..didot cam biase la..
kalu pose nei..mesti nak makan lain dr lain..
x moh masak..
nak makan special2..heheh..

korang ley tlg pilihkan x??..hahah..
1. red wok, bangi..
2. austin, bangi..
3. ana ikan bakar, bangi..
4. perantau seafood, sg merab..
5. alamanda..

x pun korang suggest kan jek mane2 yg best..bley???..

FADHILAT BULAN REJAB

Alhamdulillah..kite da sampai ke bln Rejab..pasnei Syaban..pastu Ramadhan..
bwh nei didot ade copy fadhilat bulan Rejab daripada Google..thanx en Google..heheh..
jom kite same2 amalkan..:))

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis)

17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis)

18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis)

19. Berkata Saidina Ali R.U. :
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.

20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).

22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)

23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).

25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)

26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis)

27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).

29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis).

30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).

31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis).

32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab,”
33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Romadhon diganda 1000 pahala. (Al-Hadis).

34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis).

35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus.

36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)

37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)

* Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak sah, makruh kerana tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin)

Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,
- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.

Rasulullah saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun.

Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.

Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

Isnin, 21 Mei 2012

MENU ISTIMEWA UNTUK SUAMI TERSAYANG..;)

hahah..selalu pun istimewa..
tp ari ahad arituh lagi istimewa menu yg didot masak..
ikan siakap 3 rasa, sayur campur n telur dadar..
nyumm3..
masih terase lg kesedapannye..hahah..
puji diri sendiri la yek..korang x nak puji..heheh..

erm..sebenonye didot nei jrg msk..
kalu msk tuh time ade mood, time da boring mkn lua n time ade bahan msk dlm fridge..
skg nei pun da terajin shoping kat pasar borong..
tuh yg teringin nak beli ikan siakap n msk sendiri..
heheh..korang mesti selalu kan..
didot jek yg br nak try..heheh..

ermmm..ptg nei nak masak soto plak..
sok didot post k..
tungguuuu!!!..;))

Rabu, 16 Mei 2012

SEKITAR HARI GURU SMKDABB..;))

alhamdulillah..sume berjalan lancar dengan jayanye n sonok sgt2..heheh..
banyak aktiviti yang dijalankan..
antaranya..
sukaneka untuk pentadbir..
atas sekali tuh..pengetua, GPK 1, GPK HEM n GPK KOKU..
sporting x diorg???..sporting kan???..heheh..
atas nei lak sukaneka untuk guru2..
enjoy sgt tgk diorg..hahah..
kalah bdk2 sek..hihih..
n last sekali..
persembahan dari guru2 dan pelajar2..
mmg hebat2 diorg nei..
ade yg nyanyi lagu kalau berpacaran, terukir di bintang..
yg paling best sekali..
persembahan multimedia dr pelajar form 5..
memang terer r diorg2 nei..heheh..

pastuh..last sekali ade jamuan makan..
yg nei la yang paling best..
makan free..ade satay..cendol..mcm2 la..hahah..

ok..sekiannnn..daaaaa..;))

Selasa, 15 Mei 2012

HATIKU SEDIH ARINEI..;(

hek hek..x tau la nape arinei..
rase sedih jek..
sampai kua air mata la jgk pg td..

huhuh..nape eh???..
banyak sgt pk kot..ermmm..

ya allah..
tenangkan la hati dan fikiranku ini..
semoge dipermudahkan segala urusanku..
aminnn!!!..

Ahad, 13 Mei 2012

SELAMAT ARI IBU ;))

pada mak didot, mak metua didot, kakak ipar didot, adik ipar didot, biras didot n kengkawan2 didot..
mesti syokkan da jd ibu..
didot tah bile tah..
x sbr rasenyeee..
tp x pe la..lum rezeki lg..;))
tp semlm didot dpt gak wish dr hasben..
hahah..aci x..
org kate amik berkat..
moge mulut hasben masin la..aminnn..;)

ermmm..cite pasal ari ibu..
cam biase la..
didot kol mak kat kampung..
nak celebrate tunggu ujung bln nei la balik kg..
tuk mak metue..da banje die mkn..
n seperti biase..mesti ade bg adiah kan???..heheh..
utk thn nei didot bg baju..
sonok sgt..time didot bg tuh..
mak metue didot terus jek pakai..
then kitorg terus kua makan..
terharu rasenye..chewaaahhh!!!..

k la..hopenye thn dpn didot da bergelar ibu la mcm korang2 sume..
aminnn!!!..
doakan ye kengkawan..;))

Jumaat, 11 Mei 2012

DAPAT NOVEL FREEEEE!!!!..;))

hahah..lame giler kot x bace novel..

novel nei didot dpt free..
pg2 cc didot dtg keje die tanye..
sape suke bace novel???..
didot x nyahut pun..
membe didot plak yg kate..
aida, kak..
hahah..terus cc didot bg novel nei..
terkejut jgk didot..
bile lak masenye membe nei tau aku suke bace novel..
hahah..dulu ye la kot..
tp x pe laa..
da dpt free tuh amik jek laa..
bile dpt novel nei cam semangat nak bace novel balik..
tp x tau la sempat x..
dgn kejenye..tempahan craftnye..nak urus uma lg..nak layan laki lg..hihih..
korang penah bace x novel "dewa cintaku" nei???..
nanti da abis bace didot cite k..heheh..
tp x tau la bile..hahah..;P

Khamis, 10 Mei 2012

OPIS BARUKUUUUU..;))

hahah..baru nak cite opis baru didot nei kan???..
da setgh thn da didot tuka kat cni..
ade best ade x best..
biase laa..mane2 pun same jek kan???..
betul tak..betul tak..;))

skg nei didot da keje kat sek semula..
dulu mase mule2 dpt keje..mmg dpt kat sek..
sk sungai kantan, kajang..
3 tahun gak la didot kat ctuh..
pastuh didot mintak tuka kementerian..
dpt laa bahagian tajaan pendidikan yang dulunye kat putrajaya..
skg nei da kene pindah cyberjaya plak..
lame jgk la didot kat kementerian..
5 tahun tuh..lame tak..lame tak..heheh..
n skg masuk sek balik..
smk dato' abu bakar baginda..
x tau la bape lame plak nak dok cni..
sampai naik pangkat kot..
aminnn!!!..

ape2 pun alhamdulillah didot dpt serasikan diri kat opis baru nei..
walaupun kwn2 x ramai..
x pe laa..kwn kat fb n blog pun da ramai kan..heheh..

ok la..sekian cite pasal opis baru didot..
suke tak..suke tak..;))

Jumaat, 4 Mei 2012

TAHNIAH EMMI..;)

sekian lame x hupdate blog..huhuh..
walaupun x de mase sgt nak hupdate blog sendiri..
tp didot still blogwalking blog korang tau..
cume x comment kat post laa..heheh..

arinei didot wat entry khas utk emmi..
heheh..
satu2nye membe didot mase didot keje sambilan dulu..

tahniah eh emmi..
akhirnyee..setelah lame menunggu, berusaha n berdoa..
tuhan makbulkan doa ko..
dpt kembar plak tuh..
sonoknyeee..
ko jage diri elok2 k..
aku doakan ko n baby sihat selalu..
hope pasnei aku lak menyusul seperti ko..
doakan aku k..;)

kalu korang2 nak baca kisah happy emmi nei..jom la singgah blog die..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...